TIP KERJAYA : 7 CIRI PEKERJA YANG DIINGINKAN OLEH PIHAK MAJIKAN
Untuk mereka yang masih tercari-cari kerjaya idaman tu sis harapkan korang jangan putus asa dan teruskan berusaha semoga ada sinar buat korang. Dalam post kali ni sis nak kongsikan ciri-ciri pekerja yang dinginkan oleh para majikan. Ciri inu adalah ciri yang sangat penting untuk korang miliki, tanpa mengira apa jua bidang pekerjaan yang korang ingin ceburi. Sebenarnya masih banyak ciri-ciri lain, tetapi untuk 7 ciri-ciri ini pastikan korang miliki terlebih dahulu. Atau kalau masih belum cukup, korang berusahalah untuk lengkapkan diri korang dulu dengan ciri tersebut. Yang pertama korang kena pastikan korang selalu datang tepat pada waktunya dan sentiasa bersedia untuk melakukan kerja. Orang yang selalu datang tepat pada masanya menunjukkan dia seorang yang pandai menguruskan masa. Jangan jadikan alasan jalan sesak atau pelbagai alasan lain sebagai penyebab kepada kelewatan korang. Di dalam syarikat tersebut, pasti bukan korang seorang sahaja pekerja pasti ada pekerja lain juga. Sekira