REVIEW : NIVEA 10 SUPER VITAMINS & SKIN FOODS LOTION

 



Zaman sekarang sangat banyak produk yang ada di pasaran. Ada yang bersesuaian dan ada juga yang tidak bersesuaian dengan kita. Hari ni sis nak share dengan korang satu losyen bes ni. Selalu kalau cari memang sold out jer losyen ni. Bukan sold out kat 1 tempat jer, kadang tu pergi cari tempat lain pun sama sold out jugak. Disebabkan selalu sold out sis sekarang selalu beli extra untuk buat standby in case kalau dah habis. Sebab kalau dah habis pakai, nak tunggu restock balik tak tahu bila kan, takkan la kita nak pergi kedai hari-hari macam la kita ni free memanjang dah tak ada keje sangat nak buat kan.. 


Masa baru-baru produk ni keluar sis memang dah cuba and jatuh hati jugaklah dengan losyen ni. Lepastu bila dah habis macam biasa lah kan.. baru la pergi mencari kat kedai.. tup tup tak ada. Kadang-kadang tu pelik lah jugak kenapa selalu tak ada. So bila tak ada tu terpaksalah pakai losyen lain dulu. Tapi of course la bila kita dah jumpa losyen yang bes ni kita tak nak lagi dah losyen yang lain. Bagi sis nivea super 10 ni alhamdulillah sangat sesuai untuk  sis buat masa ni.


Disebabkan losyen ni sejenis losyen yang laku keras dan selalu sold out sis akan beli ekstra untuk standby. So sekarang tak adalah lagi sis berhadapan dengan masalah terputus bekalan ni.. Masa  first time cuba apa-apa produk, sis kebiasaannya akan memilih saiz pacakaging yang paling kecil supaya tak membazir. Tapi bila dah rasa okay atau selesa sis terus membeli saiz yang besar jer lepas tu. Kalau beli yang kecil tu pun sebab nak pergi travel.. jadi senang la sikit untuk masukkan ke dalam bag.


Sis memang menggunakan barangan nivea dah lama semenjak daripada sis zaman sekolah lagi. For me nivea punya produk ada yang sis tak boleh guna. Skin kita masing-masing tak sama. Ada yang sensitif dan ada yang okay je dengan apa-apa produk.


Losyen super 10  ni sis suka sangat sebab dia tak mengeringkan kulit dan tak menyebabkan rasa melekit pada kulit sis. Memang sis rasa selesa pakai losyen nivea yang super 10 ni. Ada sesetengah losyen sis memang tak boleh nak gunakan pada kulit sis kerana menyebabkan kekeringan dan kadang tu menyebabkan rasa melekit dan tak selesa. Actually sis ada masalah kulit yang agak sensitif. So sis memang akan sedikit cerewet dalam pemilihan barang, bukan apa.. kadang-kadang tu baru je pakai beberapa hari dah kne stop kan penggunaan kalau tak kulit jadi menggelupas kasar dan sangat tak selesa. 


Selain daripada menyebabkan kulit menggelupas kasar, of course la bila kita baru pakai sikit dan kita kena stop kan macam tu jer.. secara tak langsung menyebabkan pembaziran duit. Lepastu bila pulak produk lain dan kalau tak sesuai, terjadilah pembaziran untuk kali seterusnya. Kalau selalu tukar-tukar produk macam ni macam laju jer duit tu mengalir kan. Orang yang tak mengalami mungkin tak faham struggle orang-orang macam kami lalui ni macam mana. 


So hari ni sis nak kongsikanlah kebaikkan losyen ni daripada pengalaman sis sendiri. Mungkin ada yang diluar sana jugak mengalami kulit yang sensitif seperti sis boleh mencuba losyen ini juga. Semoga perkongsian ini dapat membantu korang di luar sana untuk membuat pemilihan produk.


Sis sendiri juga ada problem dalam pemilihan deodorant dan minyak wangi. Silap pakai atau terkena pada kulit boleh menyebabkan kegatalan, kemerahan dan kulit menjadi sedikit bengkak. So itu adalah antara masalah yang sis alami. Tapi daripada segi pemilihan deodorant dan minyak wangi untuk setakat ini, kebanyakkan yang sis pernah cuba, alhamdulillah sis boleh gunakan, cuma ada sebahagian kecil sahajalah yang tak sesuai untuk sis gunakan. Kadang-kadang tu kalau berada di tempat yang terlalu banyak habuk  macam stor yang ada banyak-banyak kotak tu pun kadang-kadang rasa tak selesa. 


Orang lain maybe tak dapat nak faham keadaan ni tau..  maybe korang yang tak ada masalah korang rasa lepas keluar stor ke apa pergilah bersihkan diri atau cam tu jer kan. Tapi bagi kami yang berkeadaan macam ni, selain kena bersihkan diri kami kena selalu reapply balik losyen yang bersesuaian kalau tak kulit kami akan jadi kering dan menggelupas kasar. Part yang menggelupas kasar ni la yang paling tak selesa, korang akan rasa tak selesa bila nak pakai skin care kat wajah and sometime nak pakai tudung tu rasa perit jer kulit tangan korang. Itu antara masalah yang boleh menyebabkan kami lambat kalau bersiap.


Ini bukanlah masalah kecil, kadang-kadang boleh menyebabkan kita tersinggung dengan orang kerana menyangka kita mengambil masa yang sedikit lama untuk bersiap. Tapi kadang-kadang kita simpan jer dalam hati dan telan jer kata-kata tu dan doakan mereka supaya mereka tak rasa apa yang kita rasakan ni. Korang... kalau kami ada pilihan .. kami pun tak ingin menjadi seperti ini.. Mungkin masa kecil makan pakai kami di sediakan oleh ibu bapa kami. Tetapi bila dah besar panjang ni. kami kena uruskan kehidupan kami seperti orang lain. Masa tu jugak baru kami sedari yang kami ada problem seperti ini. Kami perlu melakukan kerja rumah, cuci pinggan, memasak, keluar bekerja dan sebagainya. Kami tiada pilihan, kadang-kadang terpaksa menggunakan sabun mencuci dan sebagainya. Kami jugak berasa rimas untuk menggunakan sarung tangan sewaktu membuat kerja.



Perkara yang paling sis nak elakkan adalah buat kerja mencuci pinggan dan masuk stor. Kebiasaan kalau buat kerja cuci-cuci kat rumah sis akan buat dalam waktu yang sama secara berterusan. Contohnya, bersihkan rumah, memasak lepastu terus cuci pinggan mangkuk dan periuk semua tu, and kemas la apa yang patut. lepastu selesai. Sis sangat tak suka orang kacau atau mengganggu sis semasa buat kerja-kerja ni sebab sis nak habiskan kerja ni cepat-cepat. Bila kerja-kerja ni dah settle sis akan bersiap dan pakai losyen bagai dan sis kalau boleh dan tak nak sentuh kerja-kerja ni lagi dan nak buat perkara lain. Sis harap apa yang sis share akan kat sini dapat sikit sebanyak membantu korang dalam memahami ahli keluarga atau kawan yang ada masalah seperti ini. Dan kalau korang sendiri yang ada masalah ni, sis doakan semoga korang baik-baik sahaja dan korang tidak keseorangan tau. 



So sis share kat sini sekiranya korang mempunyai kawan atau family atau mungkin korang sendiri yang mengalami masalah ni sis sangat recommend kan nivea super 10 ni. Korang boleh beli losyen ni dan hadiah kan losyen ni pada diornag atau korang sendiri. Insyaa Allah kita ikhtiar yang selebihnya kita serahkan kepada Allah. Sis tak cakap korang akan sembuh 100% tau.. itu hak Allah kita sebagi manusia kita hanya beriktiar. Tetapi berrdasarkan pengalaman sendiri.. Alhamdulillah sis berasa selesa menggunakan nivea super 10 ni.


Tapi untuk pemilihan losyen ni, jujur sis cakap bukanlah suatu perkara yang senang. Sangat banyak yang sis dah cuba, tapi kebanyakkan tidak sesuai. Fokus untuk orang yang ada masalah macam sis, adalah losyen yang tak menyebabkan kekeringan, tak melekit dan menyelesakan apabila dipakai. Kami tidak fokus pemilihan atas dasar untuk mencerahkan kulit  supaya kulit jadi putih. Kebanyakkan produk yang ada di pasaran sekarang lebih kepada produk pencerahan kulit. Sebab tu la sis rasa nivea super 10 ni lain daripada yang lain tau. 


Selain itu, nivea super 10 ni jugak mempunyai bau yang manis-manis buah. Kalau korang sukakan bau macam ni korang boleh cuba losyen ni. Produk nivea memang terkenal sebagai produk yang mempunyai bau yang wangi. Bagi sis bau losyen super 10 just nice. Okay jer nak pakai tak menyebabkan pening kepala atau apa. Losyen ni bukan setakat bes, tetapi harganya pun mesra poket insya Allah.


Selain itu losyen nivea super 10 ni mempunya SPF 15. Just nice untuk penggunaan di rumah atau office. Korang just reapply jer from time to time. Kebanyakkan yang duduk di rumah atau di office sesuai pakai losyen ni. 


Kalau korang selalu perlu keluar tu, korang boleh jugak gunakan just reapply jer. Korang tak perlu risau, produk nivea ni mempunyai banyak jenis losyen.. kalau korang perlukan losyen yang mempunyai SPF yang lebih tinggi korang boleh cuba losyen nivea yang lain. Korang pilihlah yang berseuaian dengan keperluan korang.


Selamat mencuba.. Semoga korang juga mendapatkan kebaikkan daripada losyen ni jugak tau. Salam sayang daripada sis semoga korang happy selalu :)

Comments