SIMPANLAH EMAS

Simpanan emas bukanlah suatu perkara yang ganjil dikalangan masyarakat hari ini. Masyarakat hari ini tidak sahaja membeli emas untuk tujuan digunakan sebagai barang perhiasan diri semata-mata tetapi menjadikan emas tersebut sebagai aset mereka.




Bagi mereka yang masih belum menyimpan emas masih belum terlambat untuk memulakannya daripada sekarang. Sekiranya ada lebihan wang dan anda tiada komitmen lain dalam masa 2-3 ini, tiada salahnya anda memilih untuk menggunakan wang tersebut untuk membeli emas dan menyimpan emas tersebut.





Sekiranya anda gemar memakai barang perhiasan diri yang berasaskan emas, anda boleh sahaja membeli emas dalam bentuk barangan perhiasan seperti rantai, gelang cincin dan sebagainya. Sekiranya anda tidak gemar memakai barang kemas sebagai perhiasan diri, anda boleh sahaja membeli emas 999 seperti gold bar dan menyimpannya dibank atau organisasi yang menyediakan perkhidmatan menyimpan emas. Apa yang perlu anda lakukan adalah meneliti segala hitam putih yang ada sebelum anda menyerahkan emas tersebut. Pastikan anda memahami segala isi kandungan dokumen tersebut.


Simpanan emas ni digalakkan kepada mereka yang ingin membuat simpanan dalam jangka masa yang panjang. Kerana dalam tempoh masa yang panjang tersebut, dijangkakan harga emas akan melonjak naik. Sekiranya anda mempunyai wang sebanyak RM1000. 00 dan anda tidak mempunyai keperluan untuk menggunakan wang tersebut. Jadi anda boleh sahaja membuat pilihan yang bersesuaian dengan anda. Sekiranya untuk disimpan dalam jangka masa pendek, simpan sahaja dalam bentuk wang, sekiranya anda ingin menyimpannya dalam suatu tempoh yang panjang, menyimpan emas adalah pilihan yang lagi baik untuk anda. 


Contohnya anda membeli emas bernilai RM1000. 00 pada tahun 2010, dan pada tahun 2020 nilai emas tersebut bukan lagi nilai yang sama tetapi nilai tersebut menjadi lebih tinggi. Bergantung kepada turun naik harga emas semasa. Berbeza pula, sekiranya anda menyimpan wang sejumlah RM1000.00 pada 2010, nilai wang anda masih lagi sama pada tahun 2020 iaitu RM1000.00. Sekiranya anda menyimpannya di bank mungkin bertambahlah sedikit bergantung kepada nilai dividen tahunan. Tetapi anda perlu faham, kuasa membeli RM1000. 00 ini pada tahun 2010 lebih tinggi jika dibandingkan pada tabun 2020. Harga barang-barang pada tahun 2010 dulu lebih rendah jika dibandingkan dengan harga barangan pada hari ini. Tetapi sekiranya anda menyimpan emas, nilainya adalah lebih stabil. 





Selain itu, emas bukan sahaja menjadi barangan berharga dan terkenal dalam masyarakat kita sahaja, tetapi emas diterima di seluruh dunia. Penerimaan nilai emas dan wang adalah berbeza. Nilai emas diseluruh dunia lebih stabil. Tetapi lain pula, dengan nilai wang, sangat lah bergantung kepada nilai matawang. Apabila di tukarkan berdasarkan matawang asing adalah berbeza dan bergantung kepada matawang dunia. Ada negara nilai matawang nya tinggi dan ada juga yang rendah. 


Sekiranya anda mempunyai lebihan peruntukkan, buatlah pilihan bijak untuk menyimpan emas. 



Comments