Berbaloikah di kuarantin selama 14 hari untuk elakkan penyebaran COVID-19?

Selama 14 hari banyak aktiviti tergendala, banyak syarikat terpaksa dihentikan operasi dan ditutup buat sementara waktu. Banyak pihak terjejas  akan kedudukan ekonominya. Selain itu, sekolah dan universiti turut ditutup dan terhentilah seketika sistem pendidikan negara kita, terhentilah seketika proses pemecutan pelapis-pelapis pemimpin negara di masa akan datang.





Banyak aktiviti tetpaksa ditunda dan keadaan menjadi agak membimbangkan apabila mendengar angka mereka yang dijangkiti kian meningkat. Tak kurang juga, angka kematian kian bertambah. Berbaloikah kepada pengorbanan mereka yang patuh kepada arahan untuk dikuarantinkan dan dihentikan pembayaran gaji demi mengelakkan penyebaran COVID-19 ini?


Sekiranya masih ada mereka yang diluar masih giat menjalankan perniagaan yang masih boleh ditangguhkan dalam masa 14 hari ini, masih meneruskan perniagaan tanpa mengambil kira keselamatan pekerja dan keluarga pekerja berbaloikah pengorbanan mereka yang lain?


Berbaloikah seorang hartawan meneruskan kegiatan perniagaan di dalam tempoh kuarantin, tetapi disebabkan kegagalannya dalam mematuhi arahan, meyebabkan para pekerja dijangkiti virus tersebut dan tersebar pula kepada pekerja yang lain? Berbaloikan seorang hartawan yang sudah mengaut keuntungan yang kian bertambah saban tahun, tetapi masih jua menjalankan kegiatan perniagaan yang perlu dihentikan seketika. 


Apakah maknanya keuntungan yang selama ini mereka perolehi, sehingga sanggup menggadai keselamatan pekerja yang kais pagi makan pergi dan kais petang makan petang. Bukan itu sahaja, sebagai golongan yang mempunyai pendapatan yang besar dan mempunyai tahap pendidikan tinggi, layakkan tika ini golongan sebegini dianggap golongan yang berpendidikan tinggi jika tiada secebis nilai keprihatinan di hati mereka? Apakah makna segulung ijazah yang sering dibanggakan jika tiada sekelumit belas kasihan dan keprihatinan dihati anda? Di manakah perjuangan anda untuk ank bangsa anda. 


Apakah pernah anda fikirkan sejenak nasib mereka yang diluar sana yang tiada pendapatan tetap, yang tiada pekerjaan tetap sedang berhadapan dengan krisis ekonomi yang semakin menghimpit diri dan keluarga. Sekadar duit upah harian yang mampu untuk menyokong pendapatan keluarga untuk 1 hari, dan terpaksa menahan lapar dalam masa 14 hari dan hanya makan apa yang ada dan mengharapkan ehsan daripada mereka yang mampu. Di manakah letaknya ehsan anda tika ini?


Sekiranya anda mempunyai anak kecil yang yang perlu diberikan susu, sedang menangis dihadapan anda, pastinya anda rasa sedikit sedih dan sayu untuk membayangkan keadaan anak kecil anda yang akan terputus bekalan susu mereka sekiranya keadaan tidak kembali pulih dan berlanjutan tanpa ada jalan penyelesaian. Semestinya anda akan berasa risau akan kesihatan mereka dan pastinya anda mahukan yang terbaik untuk anak-anak anda bukan?


Disaat anda berasa sukar untuk keluar membeli barangan keperluan mereka yang masih mampu untuk bertahan hingga ke hujung bulan, cuba anda bayangkan apa pula nasib mereka yang mata pencariannya terhenti secara mendadak yang mana anak-anaknya masih kecil menangis meminta untuk diberikan susu, sedangkan tika itu si ibu tidak mampu memenuhi keperluan anaknya itu kerana sudah kehabisan bekalan susu. Si ibu sekadar mampu memujuk dan memeluk si anak sehingga ank kecil itu penat menangis dan akhirnya tertidur. Bayangkanlah kalau anda yang berada ditempat mereka, apakah anda menyanjung majikan-majikan yang ingkar dan tidak beperikemanusiaan itu?




Tak kurang juga bagi anak-anak yang masih diperingkat tadika atau sekolah rendah yang masih belum faham kemelut yang melanda meminta untuk perut mereka diisi dengan makanan yang sedikit lazat sewaktu mereka diberikan cuti sekolah. Apakah anda menganggap mereka yang sekecil itu memahami perkara yang tiba-tiba berlaku ini? Apakah mereka faham sekiranya diberitahu ayahnya sudah tidak boleh ke tempat kerja lagi buat sementara waktu dan kehilangan punca pendapatan dan tidak mungkin  mampu untuk menyediakan makanan yang lazat untuk mereka. Sekadar mampu menahan lapar dan menyuap mulut anak-anak dengan apa yang ada sahaja. Mana nilai kemanusiaan yang sepatutnya ada pada manusia yang dianugerahkan nikmat akal untuk berfikir? Apakah anda fikir masa depan negara ini milik anda dan keluarga anda sahaja, apakah anak anda sahaja yang akan mentadbir negara di masa hadapan tanpa memerlukan kehadiran rakyat atau pemimpin yang lain?


Sekiranya kita semua berkerjasama untuk bersama-sama menghentikan rantaian COVID-19 ini maka berbaloilah pengorbanan semua pihak. Tetapi andai ada diantara kita yang sangat mementingkan diri dan masih enggan mematuhi arahan pasti rantaian COVID-19 ini tidak akan terhenti. 



Cuba bayangkan setelah 14 hari berlalu, dan kita berasa selamat khususnya mereka yang mematuhi arahan kuarantin dibenarkan untuk kembali menjalankan aktiviti harian, tetapi dalam tempoh masa kuarantin ada yang masih bekerja dan dijangkiti pada hari ke 14, dan simptom masih belum jelas kelihatan pada awalnya dan selepas 5 hari berlalu atau hari ke 19 simptom muncul secara jelas. Waktu ini siapakah yang harus dipersalahkan? Setelah yang lain mengorbankan diri untuk di kuarantin kan perlu mengorbankan diri untuk kali yang berikutnya disebabkan kegagalan individu lain yang mematuhi arahan. 



Atau mungkinkan perlu sehingga ke tahap ahli keluarga anda sendiri dijangkiti dan disahkan kematian barulah anda berasa hal ini adalah serius. Fikirkan lah akan hak anak-anak kecil yang mana  sistem imunisasinya masih belum stabil. Apakah anda tegar melihat airmata isteri anda  menangisi kehilangan cahaya mata tersayang? Apakah anda berasa senang melihat golongan tua yang sudah tidak dapat menguruskan diri dilanda sakit atau tergamakkah anda melihat mereka yang mempunyai penyakit yang sedia ada dan tidak mampu untuk membayar kos perubatan yang mahal dibebankan lagi dengan jangkitan penyakit yang baru? dan fikirkanlah sekiranya mereka terdiri daripada ahli keluarga anda atau insan yang anda sayangi dan terpaksa bertarung nyawa disebabkan sikap pentingkan diri yang ada dalam diri sendiri. Berbaloikah untuk semua itu untuk terjadi? Fikirkanlah... 



Di manakah nilai keprihatinan kita, di saat doktor dan misi, polis, askar dan sebagainya terpaksa bertugas kerana khidmat mereka sangat diperlukan. Meninggalkan anak isteri mereka di rumah untuk mengelakkan penyebaran wabak ini. Berbaloikan usaha mereka, sehingga mereka sendiri dijangkiti sewaktu menjalan kan tugas menyelamatkan nyawa orang awam yang mana mereka sendiri tidak endahkan keselamatan mereka sendiri. 






Bersama-samalah kita meghentikan rantaian COVID-19, semoga ekonomi kita kembali normal, anak-anak boleh keluar bermain semula, sekolah dan universiti dibuka semula dengan selamat setelah tempoh 14 hari berakhir. 



Comments

  1. Ya kita kena ikut perintah kawalan pergerakan. Skg dah tambah lg hgga 14 April. Moga wabak ini cepat pergi...

    ReplyDelete
  2. Berbaloi. Arahan tetap arahan. Keselamatan, nyawa harus di fikir kan di kala ini. Semoga rakyat Malaysia lebih dengar kata. Mohon.

    ReplyDelete
  3. Well, the world economy is quite suffering with this covid-19. But human lives need to be save. So nak x nak kena lah quarantine utk flat kan curve. So sama2 lah kita berdoa semoga urusan kita dipermudahkan dan covid-19 ini akan berakhir.

    ReplyDelete
  4. Bila dah ditambah ni, hopefully makin sedar la jangan sesuka hati nak keluar rumah. Faham skrg smua org pun dah mati kutu dok rumah, tapi itulah.. Hadap je selagi boleh, pandai2 bina aktiviti kt rumah. I love reading. Mmg guna peluang cuti sebaiknya dengan baca buku2 yg beli lama dah tapi tak sentuh.

    ReplyDelete
  5. Semua org jgnlah pentingkan diri..ikutlah arahan kerajaan..klu kita tak ikut skrg, keadaan akan bertambah teruk..akhirnya kita gak yg susah

    ReplyDelete
  6. Sebagai rakyat Malaysia. Berbaloi atau tidak, kita kena turut ikut undang-undang atau perintah yang telah ditetapkan. Walaupun negara demokrasi. Kalau bab wabak COVID-19 jangan ambil mudah. Kita hidup serumpun. Nak keje utk dpt duit tak? Semua kena duduk rumah tau.

    ReplyDelete
  7. Actually perkara macam ni, ada pro and cons. Kerajaan buat macam tu sebab nak membendung penularan COVID 19 yang kian meruncing. Walauapapun, kita follow apa yang kerajaan sarankan, which is #stayathome #kitajagakita. Moga keadaan kembali pulih seperti sedia kala.

    ReplyDelete
  8. ada je yang masih tak faham pasal penularan wabak. tak membaca dan tak nak amik peduli. bila diarah PKP, duk berholiday pulak. secara tak sengaja dah spreading kat orang lain. bukan dia tau pun dia +ve ke tak

    ReplyDelete
  9. kena kerjasama ya semua. bahaya covid ni satu, satu lagi efek banyak pada hidup kita.

    ReplyDelete
  10. Mungkin pada mulanya masih ramai yang ingkar sebab tak nampak effectnya. Tapi bila kadar kematian makin meningkat baru la masing-masing nak patuh arahan kan. Hope wabak ni dapat diputuskan setelah tamat tempoh PKP

    ReplyDelete
  11. Memang berbaloi untuk mengelakkan wabak ini menjadi lebih teruk dan tersebar. Kalau tak buat mcm ni makin banyak nyawa akan melayang. Harap semua bagi kerjasama..

    ReplyDelete
  12. Kesian juga bg yg masih kerja. Sis ni ha masih lagi di opis, dicaci maki lagi. Stress la. Yg tk reti bahasa tak nak pi cek dsb tu geram dibuatnya.kalau ada urusan kritikal barulah keluar kan especiallycr brg keperluan. Semoga cepat berakhir.

    ReplyDelete
  13. sebetulnya, ramai yg terjejas pendapatannya.
    diorang amat terkesan dan mengharapkan PKP ni berakhir segera.
    namun, pada saya, pendapatan adalah kedua. pertama adalah kehidupan.
    apa guna hidup tapi sakit dan kemudian mudarat kan org lain, kan?

    berbaloi sgt diteruskan kuarantin 14 hari tu kpd hampir sebulan.
    agar dpt mengekang penularan covid19.

    ReplyDelete
  14. AM harap permasalahan wabak covid 19 nie segera selesai.. dah naik tepu dok lelama kat rumah nie.. banyak aktiviti luar terpaksa ditunda dan tidak dpt dilaksanakan seperti biasa. Ikut dan akur dgn saranan agar dapat menghentikan penularan lebih teruk lahi nnti..

    ReplyDelete
  15. Berbaloi and that's the only way we can cut the spread of this virus.

    ReplyDelete

Post a Comment

Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)