Carilah Pintu Syurga Melalui Jalan Ibadat Yang Kau Lazimi



Terdetik di hati ini apakah layak untuk aku mengidamkan syurga sedangkan hidupku masih bersisa dosa dan masih merangkak mencari ilmu agama untuk aku pelajari. Zaman muda-mudi dulu masih sempat untuk aku menyertai program-program yang dianjurkan oleh pihak universiti. Ada program yang wajib dan ada yang boleh disertai sekiranya kelapangan. Program-program begini sangatlah bagus kerana kita tidak tertumpu kepada pelajaran yang berfokuskan kepada hal keduniaan semata-mata. 





Program sebegini sebenarnya banyak membantu kita sendiri untuk mengenal potensi diri kita dan memberi ruang kepada diri kita untuk menghayati bahawa setiap cabang ilmu yang kita perolehi hasil daripada menghadiri kuliyah itu adalah sangat bermakna sekiranya kita tahu dan sedar akan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini. 


Orangnya berilmu pastinya memanfaatkan ilmu yang ada sebaiknya dan menjaga amanah sewaktu hidup di dunia ini. Dunia hanyalah persinggahan dan akhiratlah destinasi terakhir kita. Yang bertaqwa akan ditempatkan di syurga manakala yang kufur tempatnya di neraka. Sewaktu di dunia carilah ilmu dan beramalah dengannya agar kita tidak mudah tersesat. Jadikan al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan hidup kita dan jauhilah perkara-perkara yang dimurkai-Nya. 





Tapi kini, zaman itu telahpun berlalu, kini aku sudah punyai pekerjaan, corak hidup kian berubah. Hari-hariku sibuk dengan urusan pekerjaan dan kadang-kadang membuatkanku terfikir aku tiada masa untuk menyertai program-program yang ada disekelilingku. Padahal jarak aku dengan tempat tersebut tidaklah terlalu jauh hanya sejauh lima minit perjalanan kaki.






Memandangkan, teknologi hari ni sangatlah canggih dan membolehkan kita menuntut ilmu di mana sahaja dengan adanya kemudahan Internet. Kadang-kadang aku ada juga membeli beberapa buah buku untuk dibaca tetapi kadang-kadang mengambil masa agak lama untuk dihabiskan bacaanku, memandangkan kekangan masa yang sangat menghimpit. 






Kemudian aku mula mendengar ceramah melalui You Tube. Agak mudah bagiku untuk aku mendengar melalui You Tube kerana sambil aku membuat kerja rumah aku masih dapat mendengar ceramah tersebut. Antara penceramah yang aku gemari adalah Ustazah Asma Harun, Dato Dr Fadzilah Kamsah, Ustaz Somad, Prof Muhaya dan ramai lagi. Aku suka mendengar ceramah mereka dan ceramah mereka senang difahami dan sampai ke hati. 















Antara cermah yang aku pernah dengar adalah berkenaan ibadat-ibadat yang boleh kita lakukan sebagai usaha untuk mendapatkan ruang untuk memasuki Syurga yang Allah sediakan. 






Dalam ceramah tersebut, ustazah menyatakan jalan menuju ke syurga itu sangat lah banyak. Ada yang mendapatkan syurga melalui amalan sedekah, solat, sabar, puasa dan sebagainya. Setiap orang ada kecenderungan masing-masing untuk melakukan ibadat yang tertentu. 


Ada orang mampu untuk bangun di satu per tiga malam untuk mendirikan solat tetapi mereka mungkin sedikit lemah dalam melakukan puasa sunat. Ada orang gemar bekerja, dan itu juga tiada salahnya, maka carilah rezeki yang halal dan kongsikan harta itu melalui jalan sedekah atau zakat. 


Maka lazimilah ibadat-ibadat ini mengikut kesesuaian dirimu. Pastikan yang wajib itu dilaksanakan terlebih dahulu dan lengkapilah kekurangan atau ketidaksempurnaan dalam melakukan ibadat fardhu dengan melksanakan ibadat sunat. 


Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk terus berjuang melawan godaan dunia dan terus cekal dalam perjalanan untuk mendapatkan taufik dan hidayah daripada Allah.





Comments

  1. terima kasih sebab ingatkan perkara-perkara macam ini. insyallah masih banyak lagi perkara yang perlu kita sama2 lakukan. harap kita dapat taufik dan hidayah dari allah swt

    ReplyDelete
  2. Teruskan beramal ibadat, doa banyak-banyak dan fokus. Minta ampun dan lakukan perkara yang baik-baik. InsyaAllah. Kita semua sedia maklum, syurga itu mahal. Nak dapat, boleh. Tapi tak capai. Usaha lagi.

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah mengampun dosa-dosa kita dan semoga covid ini segera hapus sebelum ramadhan tahun ini. Insha Allah. Terima kasih berkongsi entri yang penuh manfaat.

    Teruskan menulis sebegini, semoga ia mendapat manfaat walhal tiada yang komen . Insha Allah ada kebaikan yang kita kelak akan dapat.

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar...semoag kita di beri perlindungan dari Allah swt dan cepatlah berakhirnya semuanya ini...kita jangan putus asa, terus bedoa!

    ReplyDelete
  5. saya pun suka dengan ceramah ustazah asma, tegas, lembut dan padat. terima kasih atas ingatan

    ReplyDelete
  6. Allahu..terima kasih atas perkongsian yg penuh manfaat ini. Sama2 lah kita mencari ruang menuju syurga..kalau tak tahu kita usaha belajar dr mereka yg lbh mengetahui

    ReplyDelete
  7. Sama2 berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik. Suka juga tambah ilmu melalui YouTube. Nak lebih afdal kenalah berguru.

    ReplyDelete
  8. Thanks for sharing this, setiap orang kena lah berubah menjadi manusia yang lebih baik

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas peringatan dan perkongsian. Sememangnya dalam hidup ni sentiasalah menjadi insan yang lebih baik dalam setiap bidang :)

    ReplyDelete
  10. Thank you for your sharing.... It is nice to read about this...

    ReplyDelete

Post a Comment

Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)

POPULAR POST FOR THIS MONTH

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

REVIEW : WOMAN DESIREE TRIPLE ADVANCE - KRIM TEKNOLOGI NANO YANG DIIDAMI SETIAP WANITA

Berdoalah untuk mohon petunjuk