Peluang pekerjaan sekarang sangat lah sedikit betul ke tak betul...

Ramai diantara kita yang beranggapan peluang pekerjaan semakin sedikit dan sukar mendapat pekerjaan yang dikehendaki. Pada pendapat aku, peluang pekerjaan tu banyak sebenarnya.. cuma.. untuk mendapatkan kerja yang diidamkan tu sedikit sukar, tapi bukanlah suatu perkara yang mustahil. Paling penting jangan sesekali berputus harap. Rezeki Allah tu kan luas.


Memang tak dinafikan ada yang sangat bernasib baik. Bak kata orang, dilahirkan atas dulang emas... tak perlu bersusah payah.. belajar pun kolej swasta..  siap boleh pilih nak sambung dalam atau luar negara. habis belajar terus mendapat jawatan yang tinggi. Tidak mengapa.. itu bahagian dia.. setiap orang ada bahagian masing2...






Kebanyakkan daripada kita terdiri daripada golongan yang biasa-biasa. Kalau orang lain boleh kejar cita-cita mereka, kenapa tidak kita? Mungkin rezeki mereka lebih cepat berbanding kita.. tapi ingat.. rezeki tu bukan sahaja harta atau pangkat.. rezeki tu ada dalam pelbagai bentuk.. kesihatan, kasih sayang, ketenangan, rasa cukup dan bahagia... itu semua tak dapat di beli oleh wang ringgit. 


Mungkin kita tidak direzeki dengan jawatan yang bagus tetapi kita direzekikan dengan pekerjaan yang biasa-biasa yang tidak memeberikan tekanan emosi dan sebagainya. Memegang jawatan yang tinggi tanpa ilmu dan pengalaman yang mencukupi adalah perkara yang sukar.. Banyak perkara yang perlu di berikan kata putus.. Disusuli dengan ujian tanggungjawab dan amanah.. 


Muhasabah diri.. jangan berputus asa.. barangkali Allah sedang membentukmu menjadi seorang yang lebih berilmu.. mendidik hatimu menjadi lebih cekal dan tabah. tak ramai orang yang mempunyai jiwa yang besar. Jiwa yang besar itu bukan lah di ukur dengan berapa banyak hartamu.. tetapi jiwa yang besar itu adalah ketahanan diri untuk berhadapan dengan takdir dan ujian. Apakah bila kamu di uji.. itu akan melemahkanmu atau kamu mungkin menjadi seorang yang lebih positif dan membuka pintu hatimu untuk lebih bersyukur.


Untuk yang masih belum mendapatkan pekerkaan yang diidamkan, jangan pernah berputus asa.. mungkin pekerjaaan mu sekarang tidak memberikan gaji yang lumayan, tetapi hasil daripada keberkatan rezeki yang kau usahakan hidupmu akan lebih tenang. Mungkin  kamu tidak berkereta besar, tetapi hari-hari kamu membawa bosmu ke sana ke mari dengan kereta mewah. Kau berpeluang membawa kereta mewah dengan tidak perlu mengeluarkan duit minyak, duit tol, bayaran bulanan, maintainance yang tinggi. berbanding dengan kawanmu yang perlu mengeluarkan belanja sendiri.






Selalulah berdoa dan sebutkan perkara yang kamu mahukan, walaupun kau rasa yang cita-cita tu susah nak dicapai insyaAllah akan ada jalannnya nanti. Tapi biarlah relevant sikit... jangan lah kau study account tiba2.. kau nak jadi doktor.. parah la nama nye... takkan ler ko nak pergi repeat SPM balik ambil aliran sains tulen.. apa pun biarlah kena dengan logiknya...




Comments