Posts

Showing posts with the label ujian hidup

Berbaik sangka dengan musibah dan ujian hidup

Image
Bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan laut yang mana tidak bergelora? Setiap orang mempunyai perjalanan hidup sendiri yang mana masin-masing akan menempuh liku-liku serta onak duri yang berbeza bergantung pada jalan yang dipilih. Permulaan pejalanan adalah hampir sama, tetapi penghujungnya akan berbeza bergantung kepada pilihan jalan hidup masing-masing. Kita sebagai manusia biasa dilahirkan daripada rahim seorang ibu ke dunia ini untuk menjalani takdir hidup masing-masing. Kita dihadirkan nikmat dan musibah untuk menguji kekuatan iman kita. Apakah SYUKUR yang kita pilih atau KUFUR?? Semuanya bergantung kepada ilmu dan amalan kita. Andai kita beramal dengan ilmu yang tepat dan bermanfaat, maka jadilah kita sebahagian daripada golongan mereka yang bersyukur. Sekiranya kita beramal dengan ilmu yang salah, maka hal sebaliknya akan berlaku. Setiap orang diberikan ujian yang berbeza yang mana bersesuaian dengan kemampuannya untuk menangani ujian tersebut. Cara at...

Masalah Sejagat: Usia 20 Tahun Ke Atas

Image
Apabila kita masuk ke fasa 20 an ni.. kita akan mula berkenalan dengan sebuah kehidupan Kita akan mula kenal apa itu kehidupan Kita akan belajar banyak benda setelah kita kenal kehidupan itu " jatuh, rebah, menangis, susah, senang, sedih, hiba, kewangan, jodoh, masalah kerja, gaji, sakit, keluarga, kawan, kematian, gembira, riang, kejayaan dan macam-macam hal lagi akan datang silih berganti... " Itulah lumrah dunia... Dan pada masa, ini kita mula mengenal ujian Allah. Satu pesanan daripadaku adalah kita kena selalu bersedia untuk berhadapan dengan ujian daripada-Nya. Kuatkan iman dan perkukuhkanlah akidah kerana itulah yang akan menyelamatkan kita daripada terus hanyut di dalam arus dunia. Sesungguhnya pelayaran kita masih jauh... Dan jangan terleka dengan usia muda, kerana syarat mati bukanlah menjadi tua.. Setelah dijemput ajal, kita sudah tidak dapat balik kembali ke alam ke dunia... Kita akan meneruskan kembara kita ke alam-ala...