Posts

Showing posts with the label bersenam

Alatan Renang Untuk Pemula

Image
Dalam 'post' kali ini kita hendak bercerita tentang alatan renang. Sekiranya korang masih baru, korang akan berasa lebih yakin dan 'confident' untuk berenang sekiranya menggunakan alatan bantuan renang yang tertentu yang bersesuaian dengan keadaan anda. Tidak semestinya anda memerlukan kesemua alatan tersebut. Ada juga yang belajar berenang tanpa sebarang alatan bantuan. Hal ini adalah bergantung kepada persediaan masing-masing. Tetapi sekiranya anda mengalami trauma dengan air, dengan bantuan alatan tersebut anda mungkin dapat mengembalikan keyakinan untuk belajar berenang. Terdapat beberapa alatan renang yang dapat membantu mereka yang ingin mula belajar berenang dan antaranya adalah; 1) 'Swimming Suit' atau Pakaian Renang Pilihlah pakaian renang yang bersesuaian supaya anda berasa selesa ketika berada di dalam air. Untuk pemula, anda perlulah berasa selesa ketika ingin memulakan sesi pembelanjaran supaya anda boleh belajar denga...

Jom belajar berenang!!!

Image
Berenang adalah salah satu olahraga yang memerlukan teknik dan imbangan yang betul supaya kita dapat berenang dengan baik dan selamat. Ramai orang beranggapan berenang adalah suatu aktiviti yang sangat susah untuk dipelajari. Berdasarkan pengalaman sendiri, berenang ini bukanlah sesuatu aktiviti yang mustahil untuk kita lakukan sekiranya kita tahu teknik yang betul dan selamat. Pada permulaanya, aku juga sama seperti mereka yang lain langsung tidak tahu berenang. Dan aku juga ada sedikit trauma yang mana aku hampir lemas kerena aku tidak dapat kawal diri sewaktu di dalam air dan menyebabkan seluruh badanku tenggelam dalam air. Paras air pada masa tu cuma di paras peha orang dewasa sahaja, tetapi disebabkan oleh kegagalan untuk aku bangunkan badanku di dalam air menyebabkan diri ku tenggelam ke dasar. Masa tu, aku memang tidak tahu teknik atau cara yang betul, dan aku hanya mengerak-gerak kan tangan sahaja di dalam air sehinggalah aku timbul ke permukaan. Selepas ...