Posts

Showing posts with the label MUHASABAH DIRI

5 SEBAB PASANGAN ATAU ORANG SEKELILING DIAM DENGAN KITA

Image
      1.  KECIK HATI   Antara perkara yang sering menjadi punca pasangan atau orang sekeliling mula berdiam dengan kita adalah disebabkan mereka telah berkecil hati atau tersinggung dengan diri kita. Permulaan yang menyebabkan hal ini terjadi, apabila kita bercakap tanpa berlapik atau mungkin kita gagal mengawal emosi dan melepaskan kata-kata yang tidak sepatutnya  kepada pihak yang tak sepatutnnya dan menyebabkan mereka berkecil hati. Selain daripada itu, ia mungkin terjadi sisebabkan oleh tuduhan atau kata-kata yang tidak betul kepada pasangan atau orang sekeliling kita.     So, kita perlulah sentiasa menjaga hati mereka denngan menggunakan bahasa yang baik. Jangan mudah membuat tuduhan tanpa sebarang usul periksa. Sekiranya terdapat keraguan, kita boleh bertanya terlebih dahulu kepada pihak yang boleh dipercayai dan membuat siasatan terlebih dahulu. Jangan sesekali kita mendengar daripada satu pihak sahaja dan terus membuat kesimpulan sendiri t...

6 TIPS BUAT ORANG SELESA BERGAUL DENGAN KITA

Image
  Sahabat adalah orang yang hampir dengan kita selepas keluarga kita, jadi sayangilah sahabat kita dan hormatilah mereka kerana mereka juga insan biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Mungkin banyak yang mereka kongsikan dengan kita, tetapi mungkin juga dalam tidak kita sedari, banyak perkara telah membuat mereka berkecil hati dengan tindakan kita yang sentiasa mengambil mudah di dalam banyak perkara. Di sini ada beberapa tips untuk dikongsikan untuk membantu merukunkan persahabatan antara kita dan sahabat. Sahabat baik adalah sahabat yang akan menerima kebaikan dan keburukkan kita, selain itu sahabat yang baik adalah sahabat yang saling memanfaati antara satu sama lain KALAU KITA DUDUK DI RUMAH SEWA, RAJIN-RAJINKAN DIRI UNTUK BUAT KERJA BERSAMA-SAMA Bila kita duduk sebumbung ni, kita perlu belajar cara untuk mengekalkan keharmonian antara satu sama lain. Kita jangan lah sentiasa berharap atau mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain. Kita masing-masing perlulah lah memai...

Rezeki kurang atau rasa syukur yang kurang??

Image
Rezeki tak kunjung tiba?? Rezeki terasa payah?? Dah puas berusaha namu masih belum mampu tercapai cita-cita?? Pelbagai keluh kesah yang selalu terbit daripada mulut kita tanpa kita sedari. Betapa banyak nya rungutan kita dan betapa sedikitnya ucapan syukur yang terbit daripada mulut kita. Tanpa kita sedari, kita tenggelam dalam emosi kita sendiri. Padahal Allah selalu mengingati hamba-Nya untuk sentiasa bergantung harap kepada-Nya. Rasa gembira dan bahagia itu datang daripada-Nya. Tetapi kita sering sahaja terlupa akan itu... Kadang-kadang kita berasa penat dengan persekitaran kita, kadang-kadang rasa letih dengan insan-insan disekeliling kita yang hadir dengan pelbagai ragam dan kerenah. Ada masanya kita rasa tak mampu dan terlalu letih nak gembirakan hati semua orang, nak berikan yang terbaik kat semua orang.. Kita rasa tersangatlah lemah waktu itu. Tapi tanyalah diri kita sendiri betulkah kita dah berikan yang terbaik?? Yang terbaik itu bila kita lakukan sesuatu dengan seikhlas hati...

Ikhlaskan Diri Dan Syukur Selalu

Image
Dalam kehidupan hari ni terlalu banyak perkara yang menjadi tumpuan dan kesukaan masing-masing sehingga kita hanyut dan lupa mengucap syukur kepada-Nya. Kita sering mengucap syukur bila beroleh sesuatu yang jelas terlihat di mata kasar, tetapi kita sering terlupa akan nikmat yang begitu besar yang telah Allah berikan kepada kita.  Kita nampak orang lain bergaji besar, berkereta besar, berumah besar, tetapi kita tak nampak, yang Allah dah berikan pelbagai nikmat kepada kita. Allah anugerahkan kita tubuh badan yang sihat tanpa perlu kita mengeluarkan perbelanjaan perubatan yang berpuluh ribu untuk kita berdiri dan berjalan. Sedangkan ada di luar sana sudah berhabis puluhan ribu, malahan sudah hampir kehabisan wang, tetapi belum lagi diizinkan oleh Allah untuk berdiri dan berjalan. Sedangkan kita yang mampu berdiri dan berjalan ini, boleh berjalan ke sana sini, tetapi lupa mencari haluan yang membawa kepada jalan Allah. Kita sering melihat apa yang orang lain ada, tetapi kita tak seda...

HIDUP AKAN INDAH BILA KITA BERSYUKUR

Image
Dalam hidup ni, macam-macam ujian yang Allah berikan. Ada yang diuji dengan kesusahan, ada yang diuji dengan kemewahan harta, ada yang diuji dengan sakit dan lain-lain lagi. Sebagai manusia biasa kita memang tidak dapat lari daripada ujian ini. Kita akan diberikan ujian untuk menentukan tahap keimanan kita. Sekiranya keimanan kita teguh, insya Allah Tuhan Yang Menciptakan kita ni akan mengangkat darjat kita di sisinya dan sebaliknya akan berlaku jika kita tewas dengan ujian.  Setiap daripada kita diberikan ujian yang tidak sama. Tetapi bersesuaian dengan kemampuan kita. Allah tidak akan menguji hamba-Nya dengan ujian yang terlalu berat seperti mana yang dilalui oleh para Nabi dan Rasul. Bilamana ujian ini dilalui dengan penuh rasa kehambaan kepada Ilahi, insya Allah akan membuahkan rasa syukur dan meningkatkan keimanan kepada Allah.  Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Boleh jadi, apa yang kita hajati itu belum tiba masanya untuk Allah makbulkan permintaa...

KELEBIHAN SOLAT SUNAT TAHAJJUD

Image
Solat Sunat Tahajjud adalah solat yang dilaksanakan di malam hari. Setelah tidur seketika selepas waktu Isya', dan bangun semula untuk melaksanakan solat ini. Solat ini boleh dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 rakaat dan 1 salam.  Tujuan Solat Tahajjud. 1.      Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT. 2.      Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya 3.      Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT. 4.      Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT. 5.      Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Solat Sunat Tahajjud adalah solat sunat yang sangat digemari oleh para alim ulama. Terdapat banyak kelebihan yang akan diperolehi dengan mengamalkan solat tahajjud. Selain mendekatkan diri kita dengan Allah yang Maha Berkuasa, Allah juga akan mengangkat darjat dan memuliakan orang yang mengamalkannya....