EKZEMA AKAN SEMBUH KALAU KORANG RAJIN AMALKAN PERKARA NI
Untuk yang sedang berusaha untuk menghadapi masalah ekzema, anda teruskan usaha anda tu insyaa Allah ada sinar harapan buat anda. Memiliki kulit yang cantik dan bersih bukanlah suatu mimpi. Tetapi adalah suatu impian yang boleh direalisasikan. Siapa yang sedang hadapi masalah ekzema?? mesti korang rasa tak selesa kan? Kulit rasa kering sangat, kadang tu terlampau kering dan kadang tu boleh jadi bengkak dan boleh timbulkan rasa sakit. Ada yang lagi teruk bila mula rasa gatal dan korang pun mula tergaru-garu sehingga luka. Bila dah kena ekzema ni kulit jadi semakin sensitif kan, nak pakai apa pun kena pilih. Tak boleh pakai sembarangan sabun atau losyen kerana boleh menyebabkan kulit semakin kering dan akan menimbulkan rasa yang tak selesa. Untuk kes ekzema ni, kebiasaan kalau pergi berjumpa dengan doktor kat klinik, kebiasaan mereka akan suggest untuk sapu kan krim. Untuk korang yang tak tahu, korang kena ambil tahu bahawa krim yang korang sapu tu mengandungi unsur steroid. Dan pengg