Kasih Ayah Tiada Tandingnya...
Ayah, papa, daddy abi, walid atau apa sahaja panggilan yang kita berikan kepadanya adalah seorang insan yang istimewa di dalam hidup kita. Tanpa mereka siapalah kita. Dialah insan yang sanggup menerima baik buruk diri kita dan yang tetap ada di sisi kita sepanjang susah senang kita. Mungkin waktu senang kita melihat ramai orang di sisi kita, tetapi dikala tersepit dengan kesusahan, insan inilah yang akan ada di sisi kita dan setia menyokong kita dalam apa jua keadaan. Sebagai seorang anak kita seharusnya bersyukur dengan siapa yang tuhan takdirkan sebagai ayah kita. Dia adalah perwira selamanya di hati kita. Jasanya tiada galang gantinya. Wahai adikku, aku ingin berpesan, jagalah dan peliharalah orang tua mu itu. Kasihlah mereka selayaknya. Gembirakanlah hati mereka selagi kamu masih berpeluang menjalani hari-harimu bersama mereka, kerana tidak semua orang berpeluang untuk merasakan hal seperti ini. Wahai adikku, peliharalah maruah dan kehormatanmu, jagalah nama b