Current drop down list








Monday, 2 April 2018

Ruangan Iklan Untuk Disewakan

Hari ni nak bercerita sedikit berkenaan dengan ruangan iklan. Iklan ni sangat la penting kepada para peniaga, tak kira la mereka jual barangan mahal atau pun murah tujuannya adalah sama iaitu memastikan barang jualan dapat di jual kepada orang ramai.


Salah satu strategi pemasaran adalah melalui iklan atau promosi. Iklan ni sebenarnya boleh di buat melalui pelbagai cara bergantung kepada bajet masing-masing. Sekiranya mempunyai bajet yang lebih bolehlah iklan kan di kaca televisyen, radio, majalah, surat khabar dan sebagainya. Selain itu, ramai juga yang membuat iklan di melalui laman sosial masing-masing. Kepada yang tidak kisah untuk mencapurkan peribadi dan perniagaan mungkin tiada masalah untuk membuat pos iklan di laman sosial milik peribadi.


Tetapi kepada mereka yang inginkan sedikit privacy dan tidak mahu mencampur adukkan dengan hal peribadi bolelah mencipta akaun sosial media yang khas untuk bisnes anda. Tetapi, di sini anda akan berhadapan dengan sedikit masalah sekiranya anda baru ingin memulakan langkah untuk berbisnes.


Ramai yang di luar sana tidak mengenali anda kerana anda menggunakan akaun yang berasingan. Dan sedikit sukar untuk anda mendapatkan kepercayaan daripada bakal pelanggan anda. Di sini lah peranan iklan amat penting. Anda perlulah sentiasa mengiklan barang jualan anda tanpa mengenal erti jemu. Jual barangan yang berkualiti dan berguna supaya kastemer rasa sangat berbaloi untuk membelinya dari anda. Di sini lah nanti bisnes anda akan mula berkembang dengan lebih cepat.


Kini anda tidak perlu lagi untuk bersusah payah mencari saluran-saluran yang berbayar kerana produk jualan yang bermutu pastinya akan mengekalkan kesetiaan pelanggan anda. Dan 6/10 daripada mereka yang berpuas hati dengan produk anda akan berkongsi cerita dengan keluarga atau teman rapat mereka tentang kebaikan produk tersebut. Secara tak langsung mereka telah membantu mempromosikan bisnes anda dengan lebih meluas. Mereka mempunyai kuasa menarik kepercayaan teman-teman mereka lebih tinggi berbanding anda sendiri yang cuba 'approach' mereka untuk kali yang pertama. 


Tetapi sebelum sampai ke peringkat itu, anda haruslah mempromosikan sendiri dengan cara yang anda rasa sesuai dengan bisnes anda. Cumanya adat sebagai seorang peniaga ni, kita tidak boleh mudah berputus asa, Sekiranya kaedah tu tak bersesuaian dengan anda, anda mungkin boleh cuba kaedah yang lain pula.


Alang-alang dah tulis entri ni.. nak promot jugaklah.. tengok kat sebelah tu nampak tak?? ada slot iklan untuk disewakan, kepada yang berminat untuk menyewa bolehlah roger-roger nanti :-)




No comments:

Post a Comment

Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)

Lazada Online

Jom Shopping On9 Di LAZADA